Khamis, 20 Julai 2023

ITINERARY KE KRABI DAN KOS

 ITINERARY  KE KRABI 4H3M


DAY 1

  • AIRPORT KE HOTEL - dekat airport ada banyak agen taxi, saya pilih kereta, 600 baht untuk 1 kereta
  • check in kat The Palace Aonang - kos untuk 4H3M RM 270.38 (1 bilik) , sebab pilih hotel ni dekat dengan pantai Aonang dan yang paling penting banyak kedai makan halal, 7E, dan shopping area.
  • cari pakej untuk aktiviti esok
  • makan malam di Tum Zab Nua - kos makan mlm 1200 baht - ambil pakej utk 4 orang so sorang 300 baht, kat sini makanan memang sangat2 sedap, recommend patut cuba. Lokasi kedai ni, bila jupa masjid, jalan kedepan lagi dlm 3 minit. Tengok gambar selera ke tak....
Day 2

  • 8.30 hingga 3.00 petang  aktiviti 4 island, agent pick up dari hotel ke Nang An Pier (Jeti) - pilih pakej 4 Island tour with long tail boat dengan kos 700 baht sorang termasuk lunch. 4 island yang dilawati:
    • Railay Bay
    • Tub Island
    • Poda Island
    • Chicken Island

    • rehat di hotel
    • selepas maghrib pergi makan mlm di Makanan Melayu Market 
    • Kos 790 baht untuk 2 orang, menu:
      • ikan siakap steam
      • sayur campur
      • telor dadar
      • 2 nasi putih 
      • tomyam



    • shopping time
    • tido

    Day 3

    • half day tour to Emerald pool dan hot spring kos 1000 baht sorang
    • makan tengahari , nama kedai tak ingat. kos makan 890 baht untuk 4 orang, so sorang 225 baht
      • menu:
        • tomyam
        • telor dadar
        • daging black peper
        • sayur kangkung
        • nasi putih 4


    • shopping
    • makan mlm diBangboo Halal Seafood, ambil pakej mkn utk 4 orang, kos 1000 baht, sorang 250 baht.kedai ni sebelah masjid je.
      • menu:
        • ikan siakap 3 rasa
        • sayur kailan
        • kerang bakar
        • tomyam



    DAY 4

    check out hotel kul 10.00
    taxi dari hotel ke airport 500 baht utk 1 kete

    • kos tiket return RM 178.60
    • hotel 4H3M : RM 270.38 /2 : RM 135.19

    Sabtu, 8 Mac 2014

    Muridku Suamiku

    Aku jatuh cinta lagi....mudah ye aku jatuh cinta....bila baca buku ni teringat zaman sekolah dulu.... Bila habis baca terbawa-bawa ke dunia nyata....Aku siap download lagi semua lagu yang dia nyanyi tu....seperti dia nyanyi untuk aku pulak....terutama lagu Hasrat.   ringtone pun dah tukar ke lagu..living to love you...best giler buku ni. Sangat-sangat disyorkan. Masa aku baca buku ni aku pinjam member punya....nanti nak beli buat koleksi..

    Gelak Tergolek - Wann Azlan

    Kalau sapa-sapa tengah stress memang aku syorkan baca buku ni...lucu teramat sangat. Masa aku baca buku ni..tak dapat nak tahan gelak akhirnya terkeluar juga....hishh..hishh....anak sapa la ni.... habis saham aku....habis hilang title yang aku pegang selama ni...Wanita Melayu Terakhir... bila keluar ketawa menggilai.....Orang nak masuk meminang pun..lari bila dengar aku menggelai macam niii....

    Terapi bila anda mengalami stressssss...

    Jika bajet xda.... baca je gosip-gosip artis sure hilang stress

    Jika bajet ciput....baca novel

    Jika ada bajet lebih...... jom bercuti.....

    Lazuardi - Nasz

    Lazuardi satu lagi hasil tangan Nasz yang mencoretkan kisah suka, duka kehidupan watak Anaz yang boleh diibaratkan seperti bawang putih , bawang merah dan bawang besar zaman moden kini. Ini adalah karya kedua koleksi novel dari Nasz yang aku miliki. Lepas ni nak cari Novel Karamel pula.

    Aku tertanya-tanya masih adakah lagi watak  Shark di dunia  realiti ini. Seorang lelaki yang bersifat pelindung, beriman, sabar ... bak kata memenuhi cita rasa lelaki idaman aku la....tapi rasanya satu dalam sejuta dan yang satu itu telah dimiliki oleh Anaz.....huhuhuuuu

    Selasa, 22 Oktober 2013

    PERCUTIAN MURAH KE HO CHI MINH CITY(HCMC)

    Kos Tiket ke HCMC pergi pada 19 Okt hingga 22 Okt 2012

    1 Guest                                      20.00 MYR
    Airport Tax                                25.00 MYR
    Airport Tax and Fees                 81.00 MYR
    Fuel Surcharge                           20.00 MYR
    Services & Fees
    2 x Medium - up to 20kg           80.00 MYR
    2 x Processing Fee                     16.00 MYR

    Total                                          242.00 MYR


    Kos Penginapan 4H3M - Hotel An Tham
     1 Room = RM 264.30

    1 guest    = RM 132.15

    Keseluruhan kos RM 374.15 tidak termasuk duit shopping + teksi airport


    Kos Tiket ke HCMC pergi pada 25 Feb hingga 27 Feb 2014 (3H2M)


    1 Guest                                      34.00 MYR
    Airport Tax                                32.00 MYR
    Airport Tax and Fees                 81.00 MYR
    Fuel Surcharge                           60.00 MYR
    Services & Fees
    1 x Medium - up to 15kg           35.00 MYR
    2 x Processing Fee                     16.00 MYR

    Total                                          258.00 MYR

    Kos Penginapan 3H2M - Hotel An Tham
     1 Room = RM 306 (max pax 3)
    1guest = RM 102

    Teksi frm airport to hotel around 160,000 dong

    Teksi to China Town around 130,000 dong

    Kain sembahyang lecra kosong RM 25 to 28
    Kain sembahyang lecra sulam RM 35 to 40

    Baju kurung sulam Rm 45

    Blazer sepasang RM 220

    Kain cotton RM 21

    Tudung Fareeda RM 28

    Jubah RM 45 to 50